B E L I G A S

Recycle Used Cooking Oil To Reduce LPG Gas Price!

Job Details
Department

Logistik

Lokasi

Penang

Job Type

Operation

Qualifications

SPM

Pengalaman

2 Tahun

Gaji Setahun

RM 24,000+

 

Ringkasan

Penang merupakan negeri kedua yang menjadi tumpuan BELIGAS untuk beroperasi di Malaysia. Dengan kepadatan penduduk yang tinggi, dan “web savviness” penduduk domestik, amat sesuai sekali untuk operasi penjualan untuk dilanjutkan disana.

Siapa Yang Kami Cari?

Kami mencari Logistic Lead (FULL TIME) untuk menjaga operasi logistik pembekalan gas masak LPG di Penang. Individu tersebut perlulah mahir didalam menyempurnakan operasi penghantaran secara harian, dan boleh dipercayai.

Harus warganegara Malaysia, dengan keutamaan kepada golongan B40 atau yang baru kehilangan punca kerja.

  • Memahami geografi dan logistik penghantaran di Pulau Pinang
  • Mempunyai lesen GDL, B2 dan/atau D dan mempunyai kenderaan sendiri
  • Mahir dalam menggunakan perisian komputer seperti Microsoft, dan Skype.
  • Sanggup belajar dan mengajar selok-belok perniagaan penghantaran gas
  • Pengalaman kerja dihargai, tetapi yang lebih penting untuk kami ialah dedikasi kepada pekerjaan.

Apa Yang Kami Boleh Berikan?

Peluang pekerjaan dibawah syarikat HQ BELIGAS iaitu GASSTN SDN BHD. BELIGAS merupakan syarikat korporat yang kini mengorak langkah untuk menjadi pemain industri penghantaran LPG online paling besar di Pulau Pinang.

  • Pekerjaan Tetap : Full Time
  • Gaji pokok RM 2100 beserta elauns telefon dan pengangkutan
  • Insurans dibawah syarikat
  • Potongan EPF, Socso, dan EIS
  • “On The Job” Training, dan peluang untuk berkembang bersama BELIGAS

Apa Yang Perlu Anda Buat:

Hantarkan resume terkini anda kepada

  • Emel: norsita@beligas.my
    • Tajuk: Logistik Lead, Penang