B E L I G A S

Recycle Used Cooking Oil To Reduce LPG Gas Price!

Job Details
Department

Operation

Location

Selangor

Job Type

Operation

Qualifications

Associate

Pengalaman

2 Tahun

Gaji Setahun

RM

Ringkasan

BELIGAS kini semakin giat berkembang saban hari. Penambahan operasi di seluruh Selangor, kini memerlukan seorang individu yang boleh memimpin tugasan harian serta tanggungjawab yang digalas.

Siapa Yang Kami Cari ?

Kami mencari Operations Executive (FULL TIME) untuk menjaga pengurusan rakaniaga untuk kawasan Selangor (Central Zone) . Individu tersebut perlulah mahir didalam menyempurnakan operasi organisasi harian , serta dapat memberikan bimbingan, bantuan, dan sokongan yang tepat kepada semua isu yang timbul ad-hoc.

Harus warganegara Malaysia, dengan keutamaan kepada golongan B40 atau yang baru kehilangan punca kerja.

  • Boleh mengendalikan isu harian operasi secara berhemah, bertanggungjawab. Kreatif memikirkan solusi, bukan sekadar menunggu “arahan boss”. Pimpin bila perlu, tanya bila tidak tahu. Harus cekal.
  • Mempunyai lesen B2 dan/atau D dan mempunyai kenderaan sendiri
  • Sanggup belajar dan mengajar selok-belok perniagaan BELIGAS
  • Pengalaman kerja dihargai, tetapi yang lebih penting untuk kami ialah dedikasi kepada pekerjaan.

Apa Yang Kami Boleh Berikan?

Peluang pekerjaan dibawah syarikat HQ BELIGAS iaitu GASSTN SDN BHD. BELIGAS merupakan syarikat korporat yang kini mengorak langkah untuk menjadi pemain industri penghantaran LPG online paling besar di Malaysia.

  • Pekerjaan Tetap : Full Time (KPI)
  • Gaji pokok RM 1800 beserta elauns telefon dan pengangkutan berjumlah RM 400.
  • Insurans dibawah syarikat
  • Potongan EPF, Socso, dan EIS
  • “On The Job” Training, dan peluang untuk berkembang bersama BELIGAS

Apa Yang Perlu Anda Buat:

Hantarkan resume terkini anda kepada

  • Emel: norsita@beligas.my
    • Tajuk: Operations Executive, Selangor