Peluang pekerjaan kami terbuka kepada semua orang Malaysia, terutamanya golongan B40 atau dari komuniti tersisih. Syarikat korporat BELIGAS mencari individu berwibawa, dengan attitude kerja yang bagus dan boleh dipercayai.
Pengalaman kerja sebelum ini dihargai, tetapi yang lebih penting ialah kecekalan anda untuk membina diri anda dengan kami.
Industri penghantaran gas masak LPG bukan untuk calang-calang orang biasa, dan syarikat BELIGAS juga bukan calang-calang syarikat biasa, jadi pastikan anda LAYAK dari segi mental dan dedikasi untuk bekerja dengan kami.
BELIGAS menyediakan posisi pekerjaan tetap, gaji dan elauns, serta insurans untuk pekerja kami. Kami mencari individu HEBAT yang boleh membantu merealisasikan misi kami untuk membangunkan syarikat korporat dengan jiwa “Social Enterprise” yang ingin membina Malaysia yang lebih baik untuk semua !